Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) enggan mengulas lanjut mengenai produk coklat Cadbury termasuk kesediaan pegawainya untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat itu. <br /><br />Ketika ditemui media selepas melancarkan majlis konvoi bermotor di Masjid Wilayah Persekutuan pagi tadi, Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Razali Shahabuddin menolak untuk menjawab soalan pemberita berhubung perkara tersebut.