Ikatan Muslimin Malaysia atau ISMA mengalu-alukan operasi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas satu majlis perkahwinan mengikut adat Hindu pada Ahad lalu, yang disifatkan sebagai "langkah pencegahan" untuk mengelak "kemungkaran".<br /><br />Pengerusi majlis ulama NGO tersebut, Aznan Hasan berkata, tindakan itu juga menepati syarak kerana JAIS bertanggungjawab bertindak demikian ke atas majlis perkahwinan tersebut, dan juga pengantin peremuan, Zarina Abdullah Majid.