ADUN Kampung Bukit Tunku Lau Weng San memaklumkan bahawa DAP akan menawarkan bantuan guaman kepada Zarina Abdullah Majid yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika majlis perkahwinannya, Ahad lalu.

Katanya, bantuan guaman itu hanya mengkhusus kepada rayuan terhadap status agama Zarena yang direkod Jabatan Pendaftaran Negara.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan bersama ADUN Damansara Yeo Bee Yin ke kediaman Zarina di Kampung Bukit Tunku.

Bagaimanapun, ibu saudara wanita berkenaan memberitahu Zarina dan pasangannya sedang berbulan madu di India.