Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan bahawa tiada DNA babi yang dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.<br /><br />Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.