Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini berikrar akan melindungi pegawai Kementerian Kesihatan yang mendedahkan bahawa dua produk coklat keluaran syarikat Cadbury yang dikesan mengandungi DNA babi, bulan lalu.<br /><br />Menurut presidennya, Azwanddin Hamzah, pegawai berkenaan sudah dikenalpasti dan pihaknya akan bertemu dengan individu berkenaan serta mempertahankannya sebelum menyaman pihak berkuasa yang terbabit.
