Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah mangkat tengah hari tadi, pada usia 86 tahun.

Almarhum yang juga Sultan Perak Darul Ridzuan yang ke-34 dan menjadi Yang di-Pertuan Agong yang kesembilan, menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.30 tengah hari tadi.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurutnya, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.