Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Datuk Dr Mujahid Rawa mengakui hasrat kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu telah menyebabkan gabungan Pakatan Rakyat goyang.<br /><br />Katanya, walaupun isu itu dianggap sebagai isu negeri tetapi ia memberi kesan kepada Pakatan terutama di Semenanjung kerana kanun jenayah Islam ini tidak pernah dibincangkan semasa pembentukan gabungan itu pada 2008.
