Exco Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahaya mencadangkan supaya golongan bukan Islam dibenarkan untuk menganggotai Jawatankuasa Teknikal berkaitan hudud. <br /> <br />Katanya, tindakan berkenaan supaya mereka mendapat penerangan yang jelas dan diberikan ruang untuk menyuarakan kebimbangan berhubung undang-undang Islam itu sambil menambah kegagalan hudud di beberapa negara seperti Sudan dan Nigeria adalah kerana soal pelaksanaannya.
