Kebimbangan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong bahawa pilihan raya kecil Teluk Intan akan menjadi yang paling kotor memang telah menjadi kenyataan, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang. <br /> <br />Katanya, kurang 24 jam sebelum hari membuang undi, pelbagai risalah, majalah dan poster tanpa nama penerbit diedarkan di seluruh Teluk Intan yang menyebakan maklumat berunsur fitnah dan palsu.