Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar masyarakat tidak berlebihan dalam isu yang melibatkan coklat Cadbury yang didapati mengandungi DNA babi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). <br /> <br />Mengulas mengenai individu yang pernah makan coklat berkenaan, Dr Mohd Asri berkata, tidak menjadi dosa sekiranya seseorang melakukan perkara itu secara tidak sengaja memandangkan penemuan DNA babi itu baru diketahui.