Dakwaan mendapan tanah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) akan disiasat jururunding bebas yang dilantik iaitu Ikram Premier Consulting dan Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).<br /><br />Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, jururunding bebas itu akan membuat pemantaun dalam masa terdekat dan akan membentangkan laporan kepada beliau.
