Demi pembangunan Perak dan pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat bernilai RM5 bilion yang akan menghubungkan Banting di Selangor dan Taiping, Perak, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Kadir berkata beliau berulang-kali meninjau projek berkenaan dengan menaiki helikopter. <br /> <br />Katanya, beliau tidak takut menaiki helikopter kerana ingin melihat dari pandangan udara bagaimana pembinaan lebuhraya sepanjang 233 kilometer yang akan juga melalui Teluk Intan itu akan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.
