Pada ceramahnya di Tapak Bazaar Ramadan, Teluk Intan kepada kira-kira 5 ribu hadirin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menceritakan perbezaan beliau mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat dengan BN ketika bersama Umno dahulu. <br /> <br />Katanya, sebahagian besar pemimpin parti komponen BN hanya mengikut telunjuk pemimpin Umno berbanding dengan pemimpin parti komponen Pakatan yang mempunyai pendapat dan pendirian masing-masing.