BN akan hanya membangunkan Teluk Intan sekiranya calonnya Datuk Mah Siew Keong menang pada pilihan raya kecil 31 Mei ini.<br /><br />Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata pihaknya sedang meneliti keperluan dan permintaan penduduk tempatan dan akan hanya memenuhinya jika mereka berjaya merampas semula kerusi berkenaan.