Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan hari ini membuat bantahan di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur sambil memberi amaran kepada parti Cina itu supaya tidak mempermainkan bangsa Melayu.<br /><br />Ketuanya Mohd Razlan Muhammad Rafii mendesak supaya ADUN Seri Delima RSN Rayer supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Umno dan orang Melayu kerana melabelkan Umno sebagai 'celaka'.