Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berikrar akan meneruskan kebangkitan orang Melayu di seluruh negara bagi membantah kebiadapan DAP yang melabelkan parti Melayu itu sebagai 'celaka'.<br /><br />Menurut ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii memorandum yang dibawanya itu memang bertujuan untuk dibaling ke arah muka pemimpin pembangkang sambil mengingatkan bahawa Pemuda Umno tidak gentar 'masuk penjara'.