Calon BN bagi pilihan raya kecil Teluk Intan Datuk Mah Siew Keong menafikan bahawa beliau akan diberi jawatan kabinet meskipun jika dirinya tewas kali ini.<br /><br />Menurutnya, selaku presiden Gerakan, beliau telah membekalkan nama dua calon untuk pertimbangan perdana menteri dan namanya tidak berada dalam senarai berkenaan.<br /><br />Justeru, atas sebab itu, katanya, beliau perlu bertanding untuk mendapatkan kerusi Teluk Intan jika ingin ke Dewan Rakyat.