Menteri besar baru Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman hari ini merakamkan penghargaannya kepada Datuk Seri Ahmad Said kerana melaksanakan kerja dengan cemerlang.<br /><br />Katanya, beliau akan meneruskan tugasan "cemerlang" Ahmad demi rakyat Terengganu dan tidak akan membuat rombakan exco dan speaker DUN Terengganu Datuk Zubir Embong.