PAS menafikan bahawa Mohamed Nabi Bux, yang menyatakan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gelugor pada 25 Mei ini adalah ahli parti itu.<br /><br />Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang dipetik oleh Harakahdaily, pencarian telah dilakukan dan parti itu mendapati nama Mohamed Nabi Bux tidak terkandung di dalam sistem keahlian PAS.<br /><br />Sebaliknya, Mahfuz berkata melalui semakan dan rujukan yang dilakukan, PAS mendapati beliau adalah ahli Umno.