Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa mengejek azan umat Islam.<br /><br />Presidennya, Abdul Rani Kulup Abdullah berkata tindakan itu sangat biadap dan kurang ajar dan mahu pihak berkuasa segera menanganinya.