Tujuan ahli parlimen PAS untuk membawa usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) ke Dewan Rakyat bertujuan menjadikan undang-undang jenayah Islam diiktiraf sebagai undang-undang negara.<br /><br />Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, isu menjatuhkan hukum seperti memotong tangan tidak timbul selagi mana hukum hudud itu tidak diiktiraf oleh Perlembagaan.
