Hujan lebat dan dentuman guruh tidak menghalang kira-kira 700 anggota Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu untuk berhimpun di bangunan Keretapi Tanah Melayu bagi mendesak presiden syarikat itu Datuk Elias Kadir meletakkan jawatan. <br /> <br />Abdul Razak Md Hassan yang mengetuai kumpulan kesatuan itu mendakwa Elias Kadir tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang perkhidmatan selama dua tahunnya itu.