Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata, isu hudud tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara ini sebelum tahun 1980-an. <br /><br />Beliau berkata, isu hudud hanya timbul selepas PAS cuba untuk menonjolkan keislaman parti tersebut berbanding Umno pada masa itu.<br /><br />Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar isu hudud yang ditimbulkan kembali sejak akhir-akhir ini perlu ditangani dengan memberi lebih banyak ruang untuk perbincangan tentang perkara itu.
