Mahkamah Tinggi Putrajaya menetapkan 17 Julai ini untuk memutuskan sama ada dua pindaan pertuduhan dan pertuduhan tambahan terhadap sarjana Kassim Ahmad boleh dibacakan padanya bagi mendapatkan pengakuan.<br /><br />Ini berikutan permohonan peguamnya Rosli Dahlan yang memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) bagi mencabar keabsahan pertuduhan terhadap Kassim yang tinggal di Kedah; dan sama ada ia mengikut perlembagaan.<br /><br />Ia kerana Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menahannya di negeri utara semenanjung itu yang di luar bidang kuasanya.
