Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA memberi amaran kepada MCA supaya tidak menyinggung perasaan orang Melayu dan umat Islam dengan membantah cadangan pelaksanaan hudud di negara ini.<br /><br />Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, MCA selama ini tidak mendapat sokongan masyarakat Cina tetapi bertahan dengan undi Melayu tetapi kali ini mahu memprotes hudud yang menjadi akidah umat Islam.