Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menolak dakwaan bahawa kerajaan lewat mengaktifkan misi mencari dan mengelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.<br /><br />Katanya, lewat atau cepat tidak patut dipertikaikan kerana sesuatu tindakan ketiha berhadapan dengan situasi itu bergantung kepada keadaan ketika itu. <br /><br />Malah, katanya. tindakan Malaysia dikira lebih lebih cepat daripada nahas yang membabitkan pesawat Air France 447 yang mengambil masa enam hingga tujuh jam untuk aktifkan SAR.
