Kira-kira 10,000 peserta dijangka membanjiri Kuala Lumpur dalam demonstrasi besar-besaran hari ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) .

Demo ini digerakkan oleh 89 gabungan NGO dan turut disokong oleh Pakatan Rakyat.

Ia diadakan sempena Hari Buruh yang disambut di seluruh dunia hari ini dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dijadual menyertai orang ramai.

Seawal jam 11 pagi tadi, orang ramai mula berkumpul di empat lokasi utama iaitu di KLCC, Sogo, Dataran Maybank, dan Masjid Negara.

Ikuti laporan oleh wartawan Zulaikha Zuklifi ini.