Pemangku Pengerusi DAP Tan Kok Wai memberi amaran bahawa PAS tiada tempat dalam Pakatan Rakyat sekiranya terus berkeras untuk melaksanakan hukum hudud.<br /><br />Dalam satu kenyataan media berbahasa Cina, Tan berkata, PAS boleh "terus bermimpi" untuk menubuhkan negara Islam namun DAP tidak akan bersetuju dengan pelaksanaannya.<br /><br />Katanya, ketika mereka menubuhkan Pakatan, DAP, PAS dan PKR tidak pernah bersetuju dengan negara Islam mahupun hukum hudud.