PAS menganggap kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang mendakwa ahlinya
yang terlibat dalam perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semalam sebagai 'pengkhianat' adalah tidak wajar.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata mereka yang menyertai perhimpunan semalam itu bukannya menentang kerajaan tetapi sebalik meminta supaya cukai baru itu tidak dilaksanakan kerana akan membebankan rakyat.

Semalam, Presiden CUEPACS, Azih Muda berkata penjawat awam yang terlibat itu melanggar Akujanji dan Ikrar Perkhidmatan yang telah dibuat.