Beberapa syarikat-syarikat konsesi industri air di negeri Selangor mahu kerajaan negeri mempertimbangkan tawaran asal pengambilalihan dan bukannya menggunakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air (WSIA) 2006 bagi penstrukturan semula industri berkenaan<br /><br />Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan syarikat berkenaan tetapi secara peribadi berkata beliau mahu akta itu digunakan kerana ini akan menguntungkan kerajaan negeri.<br /><br />Ini kerana pampasan yang perlu dibayar kepada pemegang konsesi lebih murah iaitu RM7.65 bilion berbanding tawaran awal sebanyak RM9.65 bilion.