Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak bersependapat dengan kenyataan Presiden Amerika Barack Obama bahawa negara tidak akan maju jika masyrakat bukan Islam dipinggirkan.<br /><br />Sebaliknya, kata beliau, keadaan yang sama berlaku di Amerika di mana golongan kaya raya yang berjumlah hanya 1 peratus menguasai hampir semua kekayaan negara itu.<br /><br />Dr Mahathir seterusnya mencadangkan orang ramai membaca buku tulisan Joseph Stiglitz untuk mengetahui lebih lanjut.