Selepas beberapa kali perbincangan dengan pihak berkuasa, akhirnya penganjur dibenarkan untuk berhimpun di Jalan Raja - berhadapan dengan padang dan bangunan Sultan Abdul Samad - bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.<br /><br />Bertemakan warna merah sebagai simbolik kepada perjuangan kaum buruh, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata jalan berkenaan akan ditutup bagi perhimpunan yang dijadual berlangsung jam 2 petang esok.<br /><br />Beliau yang juga pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi dan NGO berkata perkara berkenaan dipersetujui dalam perbincangan beliau dan jawatankuasa himpunan itu dengan OCPD Dang Wangi Zainuddin Ahmad semalam.