Aktiviti mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 dari udara membabitkan sehingga 10 pesawat tentera hari ini digantung.<br /><br />Menurut Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia, penggantungan itu akibat cuaca buruk di kawasan pencarian berikutan Ribut Tropika Jack.<br /><br />Dalam kenyataannya, JACC berkata keadaan cuaca semasa menyebabkan laut bergelora dan jarak penglihatan yang terhad.