Polis akan bertindak jika himpunan pada 1 Mei ini mengancam ketenteraman awam, kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa.<br /><br />Katanya, setakat ini polis akan hanya mengawal keamanan, tetapi jika terdapat ancaman terhadap keamanan awam, pihaknya akan bertindak.<br /><br />Beliau berkata demikian, sewaktu ditanya jika polis bercadang membuat tangkapan awal sebagai langkah mengagalkan himpunan itu daripada terus berlangsung.
