Untuk hampir separuh abad, seorang lagi presiden Amerika Syarikat akan menjejakkan kakinya di bumi Malaysia.

Barack Obama dijadual tiba dengan pesawat Air Force One di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia di Subang pada Sabtu ini.

Sehubungan itu, sambutan menerima individu yang didakwa sebagai 'orang paling berkuasa' di dunia itu bukannya mudah.

Peningkatan ketara kehadiran polis di lokasi-lokasi utama Kuala Lumpur dan penutupan beberapa jalan utama sesuatu yang dijangkakan.