Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini meluangkan masa menziarahi keluarga mendiang Karpal Singh di kediamannya di Pulau Pinang. <br /> <br />Sambil mengucapkan takziah, katanya Karpal Singh seorang yang sentiasa membela rakyat terutama dalam perkara yang menuntut keadilan. <br /> <br />Ditanya wartawan mengenai isu hudud yang ditentang bekas pengerusi DAP itu, Ahmad enggan mengulas kerana katanya, sebagai menghormai Karpal Singh.
