Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui pemimpin veteran DAP Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan lebuihraya pagi ini telah mencorak dan mewarnai landskap politik negara ini.<br /><br />Katanya, Karpal memang seorang yang lama berjasa dan terlibat dalam arena politik semasa arwah ayahnya, Tun Hussein Onn menjadi perdana menteri dan kehilangannya akan dirasai.