Satu larian bagi menyedarkan rakyat negara ini agar bangkit bersama bagi memerangi gelaja rasuah bakal diadakan Ahad ini di Padang Merbuk, Kuala Lumpur.<br /><br />Menurut Ketua Wanita Gerakan Datuk Seri Tan Lian Hoe, larian anjuran parti Gerakan ini dibuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira sebarang fahaman politik dan orang ramai diminta berpakaian putih.<br /><br />Katanya lagi aktiviti itu satu daripada usaha sayap berkenaan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan orang ramai berhubung kepentingan memerangi gejala rasuah bersama-sama pihak berkuasa.