AirAsia akhirnya setuju memindahkan operasinya ke KLIA2 selepas Putrajaya membuat keputusan mendapatkan kepakaran Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa bagi menilai dan menentukan keselamatan jangka panjang lapangan terbang itu.<br /><br />Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, airasia berkata keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak kerajaan dalam isu keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan orang ramai.
