Sekumpulan NGO Islam Negeri Sembilan berpendapat, tuduhan 'menculik' terhadap seorang mualaf yang mengambil anak dalam jagaan bekas isteri beragama Hindu adalah keterlaluan.<br /><br />Setiausaha Gabungan Persatuan Dakwah Negeri Sembilan Shamsul Azhar Yahya berkata, perbuatan itu berikutan keputusan Mahkamah Syariah memberikan hak penjagaan kepadanya, walaupun Mahkamah Sivil memutuskan sebaliknya selepas itu.
