Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebak dengan kematian Pengerusi DAP Karpal Singh yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya awal pagi ini.<br /><br />Katanya, negara kini kehilangan seorang pejuang keadilan yang mempertahankan golongan miskin, terpinggir dan terabai sama ada di mahkamah, parlimen mahupun di mana-mana sahaja.