Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan parti itu berhubung isu hudud tidak berubah dan masih sama seperti pendirian Pakatan Rakyat sebelum ini.<br /><br />Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.
