Sebagai respon terhadap sokongan Umno terhadap usaha PAS melaksanakan hudud di Kelantan, PKR hari ini berkata, Umno patut mengambil langkah itu di negeri yang ditadbirnya terlebih dahulu seperti di Terengananu.<br /><br />Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan menteri agama Datuk Jamil Khir Baharom yang mengistiharkan sokongan terhadap usaha membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi mengetepikan halangan sedia ada.<br /><br />Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.