Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan bahawa kementeriannya lewat menubuhkan jawatankuasa khas peringkat Kabinet.<br /><br />Beliau menjelaskan, jawatankuasa khas peringkat Kabinet yang diketuai oleh tiga menteri itu ditubuhkan bagi tujuan menyelaras siasatan terhadap insiden MH370 serta mengadakan kerjasama rapat dengan pasukan penyiasat asing.
