Calon bagi jawatan Timbalan Presiden PKR kini hanya tinggal empat calon sahaja selepas Tian Chua dan bekas ketua cabang PKR Puchong Murali Subramaniam menarik diri semalam.<br /><br />Sementara itu, persaingan bagi jawatan naib presiden pula menyaksikan seramai 15 pemimpin masih bertanding. Hanya Elizabeth Wong yang menarik diri.<br /><br />Tiada sebarang penarikan diri bagi pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK).