Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini membuat laporan di Balai Polis Bandar Utama ke atas penulis blog Papogomo kerana didakwa berbohong kepada mahkamah.<br /><br />Katanya, Papogomo pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 27 Januari lalu menafikan beliau ada bersama dalam kapal selam Scorpene.<br /><br />Namun menurutnya, Khamis lalu, Kementerian Pertahanan memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa seseorang individu dengan nama Wan Muhammad Azri Wan Deris menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 bersama anggota media.