Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berang dengan tindakan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang didakwa mempolitikkan segala benda termasuk taklimat MH370 kepada ahli parlimen pembangkang.<br /><br />Katanya, beliau tertarik hati dengan perbahasan oleh golongan muda Pakatan Rakyat yang cuba sedaya upaya membincang kehilangan pesawat MAS itu dengan fakta berbanding Lim yang cuba mengambil kesempatan politik.