Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata setiap program dan modul-modul yang diguna pakai dalam program Biro Tata Negara (BTN) bukanlah bertujuan untuk memecah belahkan masyarakat kerana perbezaan ideologi politik.<br /><br />Menurut Razali, program yang disusun dalam BTN menggunakan input dan perkembangan terkini serta data maklumat sebenar tentang hal-hal kenegaraan dan sejarah kemerdekaan Malaysia.<br /><br />Semua ini adalah bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan peserta yang terlibat dan ia turut dinilai menggunakan satu sistem penilaian secara tahunan.
