Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim memaklumkan Dewan Rakyat bahawa sehingga Januari 2014, terdapat lebih 132 ribu pelarian Myanmar berada di negara ini.<br /><br />Menjawap soalan Datuk Mohd Johari Baharom (BN-Kubang Pasu), katanya, daripada jumlah berkenaan 29 peratus atau 27,289 adalah pelarian Rohingya yang beragama Islam.
