Hujan lebat pada 'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' di Baling, Kedah semalam tidak mematahkan semangat ribuan yang hadir untuk bagi memperingati demonstrasi berhubung hak petani di lokasi sama, 40 tahun lalu.<br /><br />Suasana di padang awam di Kupang yang biasanya hening itu bertukar meriah dengan lautan penyokong PAS yang berbaju-T hijau dan membawa sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan.<br /><br />Dianggarkan jumlah yang hadir sekitar 10,000 orang.
